Pada Jumaat malam tu kami sekeluarga termasuk adik dan mak aku pergi menghantar rombongan ke Turki tu di Airport. Dalam rombongan tu kalau tak silap ada dalam 12 orang semuanya. Masa kat airport tu macam biasalah drama queen ada buat aksi. Mula-mula sampai bukan main dia berlari-lari dengan sepupu-sepupu dia (oh! ya mak dan pak mertua serta adik ipar pun ada join sekali dalam rombongan tu). Berlari sampai tak hingat orang sekeliling tapi tup-tup bila dah nak say hai..hai..bye..bye si kecil tu dah start buat drama. Kali ni dia menangis sampai tak ingat orang pandang-pandang ker dia. Dia bua derk jer, last-last mak dia yang kena pau....untuk menyelamatkan keadaan mak dia yang mithali ni telah mengajak dia pergi ker kiosk kat KLIA tu....emmmm...alamatnya rabak lah juga poket mak dia ni...tapi takpe nanti bila papa balik akan dihantar surat claim..hahaha jangan marah ye papa. Anyway...nak ucapkan papa semoga selamat pergi dan selamat kembali. Take care dan jangan lupa jaga mak dan abah tu...
Salam sayang,
No comments:
Post a Comment