Thursday, March 24, 2011

March datang lagi..........

Emmm...diam tak diam dah masul bulan march...kiranya this is the first posting saya untuk tahun 2011. Hehehe...lama gila tak datang menjengah. Ai*na dah masuk darjah satu. Alhamdullilah dia tak menangis....dan dia bukan sahaja enrol untuk sekolah kebangsaan, mama dia daftarkan juga ke sekolah agama.... mula2 tu tak tahu nak masukkan ke sekolah yang mana satu. Ada yang berbayar ada yang free..... under jabatan agama islam nege*ri... last2 masukkan je ke sekolah agama under JAI'*S tu. Kebetulan ada anak jiran yang sebaya and dia pun hantar anak dia kat sana so senang la sikit hati...ala sebenarnya...belajar mana2 pun tak kisah, yang penting environment dia condusive and anak kita happy. So far Ai*na ok, nampak seronok je....cepatnya dia membesar....cepatnya masa berlalu.....

For Sof*ea, this is her 2nd year in her kindy, sudah jadi taiko ma.....tapi this lately dia asyik nangis je nak masuk sekolah...pening juga kepala nak fikir apap problem dia....ada juga cuba tanya teacher dia.....tapi cikgu dia cakap, bila dia dah masuk kelas dia ok jer....ermmm ni mesti auta dia ni....manja terlebih ler tu.. dia sebenarnya dah tak sabar nak masuk sekolah kakak dia....sabar dulu ye Sof*ea, tahun 2013 baru Sof*ea boleh masuk darjah satu.... tapi mama akan cuba untuk daftarkan Sof*ea ke pra sekolah, tapi mama tak boleh nak janji sebab ramai yang minta dan ada criteria tersendiri....

For Papa pula, mama nak wish kan happy birthday, sorry la tak dapat nak celebrate besar-besaran, mama cuma dapat belanja papa makan suhi jer....mama harap papa suka dengan hadiah mama tu....nothing expensive cuma yang penting ianya datang dari ingatan mama yang ikhlas....boleh gitu kan....love u la.....

Last but not least, for me bulan March ada bulan yang paling busy....tapi alhamdullilah semuanya dah settle cuma nak submit reports je. Tapi bulan Feb hari tu sempat curi-curi masa gie shopping with my ofismate...tak jauh pun dekat jer...band*ung kota membeli belah......okla for those yang memang suka bershopping and Rm ye menggunung...but during this trip, lesson learn...if you nak pergi vacation please...please make sure yang partner in crime to boleh tolerate...jgn dapat yang asyik kita jer kena ikut mana dia nak pergi...at least kena la ada perasaan give and take....barulah ngam ho....

Ok...stop dulu...nanti sambung lagi...tapi tak janji ye bila akan bersambung...

Salam Sayang.......... :)

Wednesday, December 1, 2010

1 year older & Happy Anniversary...


Salam,

2 hari lepas, umur saya dah bertambah satu tahun lagi.......terima kasih di atas ucapan dan ingatan. Ermm, nothing special pun...cuma pada 27th Nov tu kami sekeluarga celebrate 2 in 1 occassion (anniversary & birthday) kat Double Tree Hotel. Makanan sedap, layanan best dan yang paling penting saya dikelilingi dengan insan-insan yang paling saya sayang.

Sedar tak sedar dah hampir 30 lebih umur saya di muka bumi Allah ni. Terima kasih Ya Allah! kerana sudi pinjamkan saya umur dan kesihatan yang baik selama ini dan tak lupa juga ucapan terima kasih kepada ibu saya kerana sudi melahirkan dan membesarkan saya.

Sebenarnya tak tahu nak cerita apa lagi padahal banyak jer peristiwa yang berlaku antaranya FIL kembali ke rahmatullah, konsert aina & sofea dan juga trip bekerja sambil melawat ke T'gga*u. Tengoklah kalau ada mood dan ada kelapangan saya akan cuba story kan kat sini kalau tak biarlah ianya dalam ingatan saya sahaja.

Salam Sayang,

Monday, August 16, 2010

Birthday Celebration

Yes, seperti yang dijanjikan entri kali ni saya nak story mory tentang birthday celebration Sofea kat sekolah dia. Well, pepagi tu masa hantar mereka kat sekolah adalah inform one of the teacher yang kami plan nak celebrate birthday Sofea hari tu, kira ni main redah jelah sebab tak sempat nak inform awal2, nasib baik teacher kata no problem. Lepas jer hantar diorang saya ngan hubby terus jer zass gie Puchong nak ambil kek dari my friend. Kek ni special request from birthday girl. Kami sempat sampai semula ke sekolah lebih kurang pukul 10pagi, just nice sebab masa tu pun diaorang dah nak enjoy their snack time. Rasa terharu juga lah sebab teacher-teacher kat situ bersusah payah arrange kat tempat untuk gather anak-anak comel tu for the celebration walaupumn within short notice. Really appreciate.


Sofea dah tak sabar-sabar nak tengok kek dia sebab dia sendiri pun belum tengok kek tu kan. Once teacher buka jer kotak tu, ermm happy tak terkata Cik Sofea kita tu, senyum lebar sampai ke telinga. Eventhough birthday celebration tu untuk Sofea tapi masa nak potong kek tu Aina pun ada kat depan sekali. So takde la timbul kecil hati atau cemburu kan....biasalah budak-budak. So conclusion nya, all of us very happy sebab dapat makan kek coklat, mee goreng dan dapat goodies. Terima kasih pada semua.

Salam sayang,









08.08.10

Nur Adriana Sofea (4 yrs)
Walaupun entri ni dah basi tapi tak kisah la kan mana tahu ianya nanti boleh saya jadikan bahan bacaan pada masa depan. Tarikh keramat tu merupakan hari ulangtahun Sofea yang ke-4. Bangun pagi-pagi saya terus wish hepi birthday kat dia. Tapi memandangkan hari tu papanya masih terikat dengan jelajah satu malaysia sempena merdeka so takde la special celebration. Kami hanya melepak kat rumah sajork walaupun masa tu weekend. Nasib baik adik saya baik hati sponsor kek Ba*rney untuk Sofea feel tiup lilin. Sebab kami cadang nak celebrate birthday Sofea kat sekolah pada 100810. Story tu nanti saya cerita kemudian ek.

Sofea anak mama,
Mama doakan semoga Sofea panjang umur dan dimurahkan rezeki ye sayang. Mama harap Sofea menjadi seorang anak yang solehah dan sentiasa ingat pada keluarga. Sofea jangan nakal-nakal ye sayang. Mama, Papa dand Kak Aina sayang pada Sofea dan kami sentiasa mendoakan hanya yang terbaik untuk Sofea.






Love u.

Saturday, August 14, 2010

Salam Ramadhan......

Apa khabar semua? Lama dah saya tak menjengah blog ni....adalah dekat nak masuk 7 bulan. Bukan malas tapi tak tahu nak cerita apa. Saya masih baru lagi dalam dunia blog ni, masih banyak lagi yang nak di belajar. Nak post gambar pun masih terkial-kial lagi. Nanti saya cuba menuntut ilmu dari adik saya ye.

Ok, bagaimana dengan sambutan bulan ramadhan anda semua pada tahun ni....bagi saya alhamdulillah. Tahun ni merupakan tahun pertama Aina cuba untuk belajar berpuasa, so far so good. Aina berjaya menyempurnakan ibadah puasa tanpa sebarang masalah....lega rasa den. Yelah, saya tak sure umur berapa yang sesuai untuk kita start ajar anak kita belajar berpuasa. Tahun lepas ada juga cuba2 ajak Aina berpuasa tapi dia tak nak. Sofea masih belum berpuasa lagi, dia kata dia baru 4 tahun, masih nakminum susu lagi...hahaha, ye kan jelah, tapi yang buat saya geram, dah la tak puasa tapi dia rajin menyakat kakak dia. Saje je tau dia makan depan kakak dia pastu ajak2 ayam, mana tak hangin si Aina tu....nasib baiklah iman Aina tu kuat.

Raya tahun ni macam biasa saya akan sambut first raya kat KL pastu tengahari barulah saya bertolak balik ke kampung saya. Kira win-win situation la ni. Walaupun saya tak dapat menyambut pagi 1 syawal dengan mak dikampung tapi saya boleh melepak lebih lama di kampung masa raya nanti.

Tahun ni saya belum tempah kuih raya lagi. Tak tahu nak beli ke tidak. nanti kalau saya beli saya akan ceritakan kat sini ek, itupun kalau saya rajin ler.

So till then, take care and selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Salam Sayang,


Saturday, February 6, 2010

He's back...

Yes....he's back...siapa lagi..my darling hubby ler...dia selamat kembali ke bumi Malaysia...

Tuesday, February 2, 2010

Seminggu di rumah...

Hai..hai..hai....erm kalau dikira ditolak dicampur didarab dan dibahagi rasa-rasanya dah 5 hari aku bercuti bersukaria di rumah..ya diulang sekali lagi bercuti dirumah. Inilah pengorbanan calon ibu mithali tahun 2010. Aku menjadi surirumahtangga sepenuhnya kerana suamiku telah pergi bercuti ya betul-betul becuti...dia bercuti ke Turki selama 10 hari. Dia bertolak ke sana pada 29 January dan insyaAllah akan kembali semula ke tanahair pada 7 Feb 2010.

Pada Jumaat malam tu kami sekeluarga termasuk adik dan mak aku pergi menghantar rombongan ke Turki tu di Airport. Dalam rombongan tu kalau tak silap ada dalam 12 orang semuanya. Masa kat airport tu macam biasalah drama queen ada buat aksi. Mula-mula sampai bukan main dia berlari-lari dengan sepupu-sepupu dia (oh! ya mak dan pak mertua serta adik ipar pun ada join sekali dalam rombongan tu). Berlari sampai tak hingat orang sekeliling tapi tup-tup bila dah nak say hai..hai..bye..bye si kecil tu dah start buat drama. Kali ni dia menangis sampai tak ingat orang pandang-pandang ker dia. Dia bua derk jer, last-last mak dia yang kena pau....untuk menyelamatkan keadaan mak dia yang mithali ni telah mengajak dia pergi ker kiosk kat KLIA tu....emmmm...alamatnya rabak lah juga poket mak dia ni...tapi takpe nanti bila papa balik akan dihantar surat claim..hahaha jangan marah ye papa. Anyway...nak ucapkan papa semoga selamat pergi dan selamat kembali. Take care dan jangan lupa jaga mak dan abah tu...

Salam sayang,