Wednesday, December 1, 2010

1 year older & Happy Anniversary...


Salam,

2 hari lepas, umur saya dah bertambah satu tahun lagi.......terima kasih di atas ucapan dan ingatan. Ermm, nothing special pun...cuma pada 27th Nov tu kami sekeluarga celebrate 2 in 1 occassion (anniversary & birthday) kat Double Tree Hotel. Makanan sedap, layanan best dan yang paling penting saya dikelilingi dengan insan-insan yang paling saya sayang.

Sedar tak sedar dah hampir 30 lebih umur saya di muka bumi Allah ni. Terima kasih Ya Allah! kerana sudi pinjamkan saya umur dan kesihatan yang baik selama ini dan tak lupa juga ucapan terima kasih kepada ibu saya kerana sudi melahirkan dan membesarkan saya.

Sebenarnya tak tahu nak cerita apa lagi padahal banyak jer peristiwa yang berlaku antaranya FIL kembali ke rahmatullah, konsert aina & sofea dan juga trip bekerja sambil melawat ke T'gga*u. Tengoklah kalau ada mood dan ada kelapangan saya akan cuba story kan kat sini kalau tak biarlah ianya dalam ingatan saya sahaja.

Salam Sayang,

Monday, August 16, 2010

Birthday Celebration

Yes, seperti yang dijanjikan entri kali ni saya nak story mory tentang birthday celebration Sofea kat sekolah dia. Well, pepagi tu masa hantar mereka kat sekolah adalah inform one of the teacher yang kami plan nak celebrate birthday Sofea hari tu, kira ni main redah jelah sebab tak sempat nak inform awal2, nasib baik teacher kata no problem. Lepas jer hantar diorang saya ngan hubby terus jer zass gie Puchong nak ambil kek dari my friend. Kek ni special request from birthday girl. Kami sempat sampai semula ke sekolah lebih kurang pukul 10pagi, just nice sebab masa tu pun diaorang dah nak enjoy their snack time. Rasa terharu juga lah sebab teacher-teacher kat situ bersusah payah arrange kat tempat untuk gather anak-anak comel tu for the celebration walaupumn within short notice. Really appreciate.


Sofea dah tak sabar-sabar nak tengok kek dia sebab dia sendiri pun belum tengok kek tu kan. Once teacher buka jer kotak tu, ermm happy tak terkata Cik Sofea kita tu, senyum lebar sampai ke telinga. Eventhough birthday celebration tu untuk Sofea tapi masa nak potong kek tu Aina pun ada kat depan sekali. So takde la timbul kecil hati atau cemburu kan....biasalah budak-budak. So conclusion nya, all of us very happy sebab dapat makan kek coklat, mee goreng dan dapat goodies. Terima kasih pada semua.

Salam sayang,









08.08.10

Nur Adriana Sofea (4 yrs)
Walaupun entri ni dah basi tapi tak kisah la kan mana tahu ianya nanti boleh saya jadikan bahan bacaan pada masa depan. Tarikh keramat tu merupakan hari ulangtahun Sofea yang ke-4. Bangun pagi-pagi saya terus wish hepi birthday kat dia. Tapi memandangkan hari tu papanya masih terikat dengan jelajah satu malaysia sempena merdeka so takde la special celebration. Kami hanya melepak kat rumah sajork walaupun masa tu weekend. Nasib baik adik saya baik hati sponsor kek Ba*rney untuk Sofea feel tiup lilin. Sebab kami cadang nak celebrate birthday Sofea kat sekolah pada 100810. Story tu nanti saya cerita kemudian ek.

Sofea anak mama,
Mama doakan semoga Sofea panjang umur dan dimurahkan rezeki ye sayang. Mama harap Sofea menjadi seorang anak yang solehah dan sentiasa ingat pada keluarga. Sofea jangan nakal-nakal ye sayang. Mama, Papa dand Kak Aina sayang pada Sofea dan kami sentiasa mendoakan hanya yang terbaik untuk Sofea.






Love u.

Saturday, August 14, 2010

Salam Ramadhan......

Apa khabar semua? Lama dah saya tak menjengah blog ni....adalah dekat nak masuk 7 bulan. Bukan malas tapi tak tahu nak cerita apa. Saya masih baru lagi dalam dunia blog ni, masih banyak lagi yang nak di belajar. Nak post gambar pun masih terkial-kial lagi. Nanti saya cuba menuntut ilmu dari adik saya ye.

Ok, bagaimana dengan sambutan bulan ramadhan anda semua pada tahun ni....bagi saya alhamdulillah. Tahun ni merupakan tahun pertama Aina cuba untuk belajar berpuasa, so far so good. Aina berjaya menyempurnakan ibadah puasa tanpa sebarang masalah....lega rasa den. Yelah, saya tak sure umur berapa yang sesuai untuk kita start ajar anak kita belajar berpuasa. Tahun lepas ada juga cuba2 ajak Aina berpuasa tapi dia tak nak. Sofea masih belum berpuasa lagi, dia kata dia baru 4 tahun, masih nakminum susu lagi...hahaha, ye kan jelah, tapi yang buat saya geram, dah la tak puasa tapi dia rajin menyakat kakak dia. Saje je tau dia makan depan kakak dia pastu ajak2 ayam, mana tak hangin si Aina tu....nasib baiklah iman Aina tu kuat.

Raya tahun ni macam biasa saya akan sambut first raya kat KL pastu tengahari barulah saya bertolak balik ke kampung saya. Kira win-win situation la ni. Walaupun saya tak dapat menyambut pagi 1 syawal dengan mak dikampung tapi saya boleh melepak lebih lama di kampung masa raya nanti.

Tahun ni saya belum tempah kuih raya lagi. Tak tahu nak beli ke tidak. nanti kalau saya beli saya akan ceritakan kat sini ek, itupun kalau saya rajin ler.

So till then, take care and selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Salam Sayang,


Saturday, February 6, 2010

He's back...

Yes....he's back...siapa lagi..my darling hubby ler...dia selamat kembali ke bumi Malaysia...

Tuesday, February 2, 2010

Seminggu di rumah...

Hai..hai..hai....erm kalau dikira ditolak dicampur didarab dan dibahagi rasa-rasanya dah 5 hari aku bercuti bersukaria di rumah..ya diulang sekali lagi bercuti dirumah. Inilah pengorbanan calon ibu mithali tahun 2010. Aku menjadi surirumahtangga sepenuhnya kerana suamiku telah pergi bercuti ya betul-betul becuti...dia bercuti ke Turki selama 10 hari. Dia bertolak ke sana pada 29 January dan insyaAllah akan kembali semula ke tanahair pada 7 Feb 2010.

Pada Jumaat malam tu kami sekeluarga termasuk adik dan mak aku pergi menghantar rombongan ke Turki tu di Airport. Dalam rombongan tu kalau tak silap ada dalam 12 orang semuanya. Masa kat airport tu macam biasalah drama queen ada buat aksi. Mula-mula sampai bukan main dia berlari-lari dengan sepupu-sepupu dia (oh! ya mak dan pak mertua serta adik ipar pun ada join sekali dalam rombongan tu). Berlari sampai tak hingat orang sekeliling tapi tup-tup bila dah nak say hai..hai..bye..bye si kecil tu dah start buat drama. Kali ni dia menangis sampai tak ingat orang pandang-pandang ker dia. Dia bua derk jer, last-last mak dia yang kena pau....untuk menyelamatkan keadaan mak dia yang mithali ni telah mengajak dia pergi ker kiosk kat KLIA tu....emmmm...alamatnya rabak lah juga poket mak dia ni...tapi takpe nanti bila papa balik akan dihantar surat claim..hahaha jangan marah ye papa. Anyway...nak ucapkan papa semoga selamat pergi dan selamat kembali. Take care dan jangan lupa jaga mak dan abah tu...

Salam sayang,

Sunday, January 24, 2010

I'm Back....

Hai....... sorry ye sebab lama tak menulis...bukannya apa sekarang ni kami sekeluarga maidless. Maid yang lama dah selamat berangkat ke negara asalnya pada 17 Januari 2010 aritu. Hura hara jugak la mula-mula tu tapi now dah back on track. Dah jadi rutin dah skrg ni.....alah bak kata pepatah melayu 'alah bisa tegal biasa' cewah.... berfalsampah la pula aku ni. Aina dan Sofea semakin hari semakin menceriakan hati mama dan papanya. Diaorang ni amatlah rajinnya sampai kadang-kadang tak sampai hati nak kata tak boleh buat...tapi tulah kan kalau diorang sama-sama turun padang makanya masa yang sepatutnya kerja tu siap cepat jadilah overdue.... anyway terima kasih ye anak-anak mama.
Last Friday sekolah dorang ada buat 'Friendship Day', mulalah tak tentu arah nak bawa apa..pening juga mamanya ni nak fikir nak buat/bawa apa ni. Mula2 tu ingatkan nak buat dadih tup-tup Aina bagitahu yang kawan dia nak bawa so kena la tukar plan. So last sekali memandangkan maid takde maka mamanya yang bijak bistari ni pun buatlah goddies untuk kawan2 Aina dan Sofea. Kembang setaman masing2 sebab bawa goddies 'pink' untuk kawan2 dorang tu. Syukur...bila balik masing2 sibuk bercerita yang kawan2 suka dengan buah tangan mereka tu. Sofea ada bagitahu yang dia menari sama berpeluh2. Balik tu terus tido sebab kepenatan. Aina biasalah no extra drama, alasan kaki sakit. Tapi ye pun sebab kaki Aina baru je kena ekzos motor. Kesian dia. Takpe lah nanti lain kali je lah tulis pasal Aina dan ekzos motor tu. Kiranya Aina dan Sofea ni masing2 dah ada pengalaman kena ekzos.
Okay la nanti lain kali kita cerita lagi tapi tak boleh nak janji bila sebab manyak kerja oooo. (yelah tu)


Salam sayang,

Friday, January 8, 2010

Macam-macam Ada

Macam-mcam ada, itulah yang akan ada dlm entri kali ni, jom kita bercerita tentang buah hati saya Aina dan Sofea. Kedua-duanya merupakan puteri hati saya. Kisah Sofea mulakan alam persekolahan pada tahun 2010 ni dan Aina demam tak kebah2 lagi.

Sedih bila tengok keadaan Aina macam tu, macam tak bermaya jer. Klinik dah pergi dua kali tapi masih belum nak baik lagi. Mama doakan semoga Aina cepat sembuh ye sayang. Mama rindu nak tengok keletah Aina yang manja tu. Me love you so much.

Tentang Sofea pula, seperti biasa dia tak banyak kerenah, 'go to school'memang cita2 sejak dulu lagi. Seperti Aina, Sofea juga saya daftarkan di Q-d**s, di Pr**a Sau**na. Sofea tak menagis pun, so no drama for that day.....syukur alhamdullilah. Tahun ni kedua2 puteri hati saya belajar di tempat yang sama but in different classess. Aina di kelas untuk 6 tahun while Sofea di kelas untuk 4 tahun. Why? Kenapa Sofea saya dah sekolahkan pada umur 4 tahun. Sebabnya saya akan maidless pada 17 Jan 2010 ni. So memandangkan saya tak cari maid lain, Sofea saya hantarkan ke sekolah. Mama harap Sofea tak cepat bosan ye sayang. Mama buat ni semua untuk kebaikan Sofea juga. Be good ye my sunshine.

Banyak yang akan berlaku pada bulan January ni, tentang kerja, tentang personal dan macam-macam lagi so stay tune with me ye...nanti saya akan cerita lagi. Kali ni tak banyak nak diceritakan sebab my little darling masih demam lagi.

See you...

Love,

Friday, January 1, 2010

Salam Tahun Baru...2010

Salam untuk semua rakyat Malaysia, hari ni merupakan hari baru untuk tahun baru dan juga untuk mulakan azam baru. Tahun 2010 ni merupakan detik permulaan untuk saya mula menceburi dunia blogger ni. Well, gaya penulisan still kaku but hopefully, will get better from time to time. Erm..apa yang akan saya coretkan ye....mungkin saya akan mulakan dengan mereka yang dekat dengan saya...will see. Saya harap penulisan saya dlm MLD sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada saya kelak. Semoga segala memori saya ada di dalam ni akan menjadi kenangan terindah buat saya di masa akan datang nanti. Manalah tahukan nanti bila dan veteran sket boleh lah refer MLD untuk imbas kenangan silam kan....


Okay kita stop dulu....nanti bila dah ada idea baru....saya akan kembali. Hopefully not too long.


Salam Sayang