Monday, August 16, 2010

Birthday Celebration

Yes, seperti yang dijanjikan entri kali ni saya nak story mory tentang birthday celebration Sofea kat sekolah dia. Well, pepagi tu masa hantar mereka kat sekolah adalah inform one of the teacher yang kami plan nak celebrate birthday Sofea hari tu, kira ni main redah jelah sebab tak sempat nak inform awal2, nasib baik teacher kata no problem. Lepas jer hantar diorang saya ngan hubby terus jer zass gie Puchong nak ambil kek dari my friend. Kek ni special request from birthday girl. Kami sempat sampai semula ke sekolah lebih kurang pukul 10pagi, just nice sebab masa tu pun diaorang dah nak enjoy their snack time. Rasa terharu juga lah sebab teacher-teacher kat situ bersusah payah arrange kat tempat untuk gather anak-anak comel tu for the celebration walaupumn within short notice. Really appreciate.


Sofea dah tak sabar-sabar nak tengok kek dia sebab dia sendiri pun belum tengok kek tu kan. Once teacher buka jer kotak tu, ermm happy tak terkata Cik Sofea kita tu, senyum lebar sampai ke telinga. Eventhough birthday celebration tu untuk Sofea tapi masa nak potong kek tu Aina pun ada kat depan sekali. So takde la timbul kecil hati atau cemburu kan....biasalah budak-budak. So conclusion nya, all of us very happy sebab dapat makan kek coklat, mee goreng dan dapat goodies. Terima kasih pada semua.

Salam sayang,









08.08.10

Nur Adriana Sofea (4 yrs)
Walaupun entri ni dah basi tapi tak kisah la kan mana tahu ianya nanti boleh saya jadikan bahan bacaan pada masa depan. Tarikh keramat tu merupakan hari ulangtahun Sofea yang ke-4. Bangun pagi-pagi saya terus wish hepi birthday kat dia. Tapi memandangkan hari tu papanya masih terikat dengan jelajah satu malaysia sempena merdeka so takde la special celebration. Kami hanya melepak kat rumah sajork walaupun masa tu weekend. Nasib baik adik saya baik hati sponsor kek Ba*rney untuk Sofea feel tiup lilin. Sebab kami cadang nak celebrate birthday Sofea kat sekolah pada 100810. Story tu nanti saya cerita kemudian ek.

Sofea anak mama,
Mama doakan semoga Sofea panjang umur dan dimurahkan rezeki ye sayang. Mama harap Sofea menjadi seorang anak yang solehah dan sentiasa ingat pada keluarga. Sofea jangan nakal-nakal ye sayang. Mama, Papa dand Kak Aina sayang pada Sofea dan kami sentiasa mendoakan hanya yang terbaik untuk Sofea.






Love u.

Saturday, August 14, 2010

Salam Ramadhan......

Apa khabar semua? Lama dah saya tak menjengah blog ni....adalah dekat nak masuk 7 bulan. Bukan malas tapi tak tahu nak cerita apa. Saya masih baru lagi dalam dunia blog ni, masih banyak lagi yang nak di belajar. Nak post gambar pun masih terkial-kial lagi. Nanti saya cuba menuntut ilmu dari adik saya ye.

Ok, bagaimana dengan sambutan bulan ramadhan anda semua pada tahun ni....bagi saya alhamdulillah. Tahun ni merupakan tahun pertama Aina cuba untuk belajar berpuasa, so far so good. Aina berjaya menyempurnakan ibadah puasa tanpa sebarang masalah....lega rasa den. Yelah, saya tak sure umur berapa yang sesuai untuk kita start ajar anak kita belajar berpuasa. Tahun lepas ada juga cuba2 ajak Aina berpuasa tapi dia tak nak. Sofea masih belum berpuasa lagi, dia kata dia baru 4 tahun, masih nakminum susu lagi...hahaha, ye kan jelah, tapi yang buat saya geram, dah la tak puasa tapi dia rajin menyakat kakak dia. Saje je tau dia makan depan kakak dia pastu ajak2 ayam, mana tak hangin si Aina tu....nasib baiklah iman Aina tu kuat.

Raya tahun ni macam biasa saya akan sambut first raya kat KL pastu tengahari barulah saya bertolak balik ke kampung saya. Kira win-win situation la ni. Walaupun saya tak dapat menyambut pagi 1 syawal dengan mak dikampung tapi saya boleh melepak lebih lama di kampung masa raya nanti.

Tahun ni saya belum tempah kuih raya lagi. Tak tahu nak beli ke tidak. nanti kalau saya beli saya akan ceritakan kat sini ek, itupun kalau saya rajin ler.

So till then, take care and selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.

Salam Sayang,